Sunday, 12 June 2011

KEBENGANGAN Terserlah.

Assalamualaikum Only and only for all the readers.


Wah, lama rasanya dah tak ada entry baru.so sorry to all the readers, aku busy sangat-sangat nak siapkan report aku. biasa la orang habis praktikal, perkara wajib kena siapkan ADALAH report. Ini pun rindu nak berblog, sebab tu buka sekejap. Then teringat kisah yang berlaku beberapa minggu lalu.

Aku pergi training motor coz esok pagi aku ada test JPJ. aku pergi dalam pukul 3.40 petang macam tu la.Then sampai-sampai kat tempat tu,aku tengok litar kosong. Kira okey la nie nak BLAJA sorang-sorang.tak ada la orang nak tengok gelagat kita kan. Aku pun apa lagi, terus kebelakang la nak ambil motor. Tup-tup aku tengok....semua motor dah berkunci.WTH kaaatakooo.

Wahhhhhhhhh angin terus satu badan aku nie(tornado waterspout).dah la esok nak test JPJ.aku pun apa lagi terus masuk office jumpa cikgu-cikgu motor la.(cikgu konon).Piiiirahhhh.aku pergi dekat-dekat cikgu tu aku tanya "cikgu, kenapa motor dah kunci, awal lagi kan"? Then cikgu tu jawab apa taw "dik, kamu tengok cuaca dekat luar tu,dah gelap kan.itu tandanya apa? nak hujan kan?"



Laaa..rupa-rupanya sebab itu je motor tu dah dikunci punya awal. Macam la motor tu kena hujan then terus berkarat or reput like besi buruk. Bro...wa nk test JPJ esok pagi, bukan nak merempet. tak akan tak boleh kot nak blaja motor sekejap je. Tapi itu semua aku cakap dalam hati je coz betul juga cakap cikgu tu. Cuaca dekat luar mendung, bila-bila masa hujun turun. tak kan waktu itu semua orang baru nak berlari untuk mencari tempat bertuduh ye tak.

Tak mengapa, memang dah tak ada rezeki aku nak mununjukkan kehebatan aku petang itu. Aku akan pastikan keesokan hari akan aku keluarkan segala-gala ilmu yang telah aku pelajari dari cikgu-cikgu disitu. Nantikan KEHEBATAN (ketakutan) aku.

Dalam perjalanan pulang.

Memang dalam perancangan aku nak naik pengangkutan awam mean bas RapidKL. Even aku tahu yang bus lalu dekat situ amatlah sikit dan jarang-jarang. Biasanya setengah jam sekali. Aku pun dengan sabar, tunggu punya tunggu dah dekat 50 minit.tak ada satu bus pun yang lalu. Memang menguji kesabaran aku yang tahap DEWA ini. Tapi tak mengapa.ini kan zatie.Insan yang sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan dapat diharungi dengan semangat yang kental dan berakhir dengan kejayaan.hahaha.



Tup-tup..aku nampak bus dari jauh.dengan rasa gembira aku menahan bus dan nak dijadikan cerita akulah orang pertama menaikki bus tersebut.disebabkan sudah lama tidak menaikki pengangkutan awan,aku pun bertanya dengan driver bus itu "pakcik,betul ke bus ini lalu jalan gombak?" then pakcik itu pun menjawab ya.
Aku pun apa lagi terus bertanya tambang yang perlu dibayar berapa.

Pakcik itu berasa pelik.dia berkata "dik sekarang ini, bus sudah tak terima duit, bus ini hanya menerima kad sahaja. kalau adik nak naik, adik boleh bagi minimum RM5.00.Then baru boleh naik bus ini. Aku pun apa lagi korek la kocek seluar aku. korek punya korek you nak tahu berapa je ada duit dalam seluar ini.Hanya ada RM2.80.pakcik itu berkata "maaf dik, adik tak boleh naik bus ini".

Dengan rasa sedih, aku pun turun la dari bus itu. But but but, perasaan yang aku tak boleh kawal apa tau. KEBENGANGAN aku.Sangat sangat dan sangat terserlah.kaatakoo.Punya la lama tungga bus,tup-tup tak dapat naik.amat sedih, kecewa, bengang, merana dan akhirnya kebengongan. Apa lagi call my mum la suruh pick up. kena tunggu lagi lebih kurang 15 minit.Dalam perjalanan balik, ibu aku gelakkan aku je.dah la tak dapat naik motor.bus pon tak dapat naik jugak.Gelak la gelak la.HAHA.

Kesimpulanya, kalau kita nak pergi mana-mana even dekat dengan rumah pun,anda dinasihatkan supaya melihat wallet purse or whatever. adakah ADA duit yang cukup di dalamnya.HAHA.

No comments:

Post a Comment